| Azan subuh menyeru solat, Orang berduyun pergi ke surau; Badanku lumpuh menunggu surat, Abang bertahun pergi merantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Beduk berbunyi petang Jumaat, Menyeru orang pergi sembahyang; Duduk menanti abanglah penat, Mahu berjalan hatiku bimbang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Azan bukan sebarang azan, Azan menyeru orang solat; Pesan bukan sebarang pesan, Pesan rindu kukarang surat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |