Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyim.pang] | مڽيمڤڠ

Definisi : 1. melencong dr arah yg asal, membelok ke jalan lain: ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya; 2. membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dlm perjalanan), menghindar (ke tepi dll): jika ia bertahan kamu sekalian ~; 3. tidak menurut yg betul (ajaran dll), menyeleweng (drpd yg ditentukan), sesat: cara ahli hukum bekerja tidak ~ drpd ketentuan hukum; istilah yg dibentuk tidak terlalu jauh ~ drpd istilah asal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyim.pang] | مڽيمڤڠ

Definisi : 1 melencong dr arah yg mula-mula; membelok ke arah lain: Kalau tidak ~, tentulah aku berlanggar dgn beca itu tadi. 2 tidak menurut apa-apa yg sepatutnya; menyeleweng dr yg sebenarnya: Kami tidak pernah ~ dr ajaran Nabi Besar kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpang (kata nama)
Bersinonim dengan cabang, cagak, canggah;,
Kata Terbitan : bersimpang, menyimpang, menyimpangkan, persimpangan, penyimpangan,


Pantun

PantunSumberTema
Bila tercencang mohon dibalur, Bila terlanda mohon baikkan; Bila menyimpang mohon ditegur, Bila terlupa mohon ingatkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tegak adat hidup terpandang, Pemimpin senang rakyat selamat; Rosak adat hidup menyimpang, Pemimpin kenyang rakyat melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat fikiran panjang, Sebelum bertindak ditimbang dulu; Membuang adat jalan menyimpang, Hukum rosak hilanglah malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila terkerat mohon limbuskan, Bila tercencang mohon dibalur; Bila tersesat mohon luruskan, Bila menyimpang mohon ditegur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mengapa pula memasang jerat, Kerana hendak menangkap kijang; Mengapa banyak orang mengumpat, Kerana banyak cakap menyimpang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak memikat kedidi, Anak beruk mari dikandang; Kalau ikhlas hendak berbudi, Helah jangan ke lain menyimpang.Kurik Kundi Merah SagaBudi

Kembali ke atas