| Hendak tidur tidurlah Siti, Mimpi menyorok celah batang; Tidur tuan belah tepi, Bulan menyorok saya datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ayam todak sendiri batang, Sorok menyorok depan perahu; Abang hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Sayang keduduk balik rumah, Akar menyorok tiang seri; Tuan duduk tuan punya rumah, Kami nak pulang minta diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Walaupun lauk bersemut api, Kerana lapar dimakan juga; Walau menyorok ke perut bumi, Hamba kejar tuan ke sana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Suluh buntung si kaki pendek, Tempat menaruh buah pedada; Sungguh beruntung berlaki pendek, Dapat menyorok di celah dada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tukang batu berdagang nilam, Permata elok sudah ternama; Abang tunggu siang dan malam, Adinda menyorok entah ke mana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Pecah takar berganti takar, Tempat minum si burung nuri; Bisa ular tidakkan tawar, Walau menyorok di akar berduri. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Bagaimana nasi takkan dijerang, Sejak petang perut berkokok; Bagaimana kami takkan meradang, Awaklah datang dia menyorok | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |