Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyun.ting] | مڽونتيڠ

Definisi : 1. memetik bunga (utk dijadi­kan sunting dll): ia bermain di taman ramai sambil ~ bunga hati, memetik kembang murni; 2. memperkemas dan menyiapkan karangan (makalah dll) utk dicetak; 3. menyusun filem dll (sebelum ditayangkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyun.ting] | مڽونتيڠ

Definisi : 1 memper­baik serta mengemaskan sesuatu ka­rang­an dll utk disiarkan atau utk diterbitkan. 2 mengemaskan sesuatu filem supaya tersusun rapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sunting
Kata Terbitan : menyunting, mempersunting, penyunting,

Puisi
 

Putik pauh dari Permatang,
     Bunga kemunting dari Kiaman;
Dari jauh saya datang,
     Hendak menyunting bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Cik Esah pergi ke pekan, Menyunting bunga beribu-ribu; Ada rasa saya makan, Tidak kuasa menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga raya di atas peti, Bunga melur di atas batu; Memang ada niat di hati, Hendak menyunting bunga yang satu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas