Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1. meletakkan berlapis-lapis (ber­tindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan kedua­dua belah tapak tangan spt hendak me­nyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (me­ngarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyu.sun] | مڽوسون

Definisi : 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bang­ku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pa­sukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di per­cetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ ka­mus mengarang atau membuat kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,

Puisi
 

Janganlah kesal berhari-hari,
     Bertimbal turun ke mata;
Barang salah menyusun jari,
     Junjung dengan tutur kata.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Pagi-pagi menyusun bata, Untuk membuat rumah Mak Bidah; Apa lagi hendak dikata, Sudah terhantuk baru tergadah.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau berjaja piring mangkuk, Lambat menyusun kena pijak; Kalau bekerja sering merajuk, Lambat-laun ditimpa balak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tanam mari tengah hari, Mana didapati ada tak kena; Saya menyusun sepuluh jari, Jangan diumpat mana tak kena.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Janganlah kesal berhari-hari, Bertimbal turun ke mata; Barang salah menyusun jari, Junjung dengan tutur kata.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dijual oleh anak Kedah, Banyak terdapat di kedai Jamilah; Gagah tampan menyusun langkah, Tidak tercucuk jarum sebilah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Pergi ke Arafah naik unta, Panas terik duduk berhenti; Kerajaan berbelanja berjuta-juta, Menyusun atur warga sehati.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Sutera merah lukisan Ayu, Dijual oleh anak Kedah; Putera sejati anak Melayu, Gagah tampan menyusun langkah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa

Kembali ke atas