Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyu.sur] | مڽوسور

Definisi : 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ arah­arah yg berbeza; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
susur (kata kerja)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, sembir;,
Kata Terbitan : menyusur, menyusuri,

Puisi
 

Musang jebat menyusur akar,
     Murai berkirai bulu dadanya;
Hujan ribut padang terbakar,
     Embun setitik padam baranya.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar.

Bermaksud :

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya, b. Ular menyusur akar).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Terbang nyamuk menyusur batang, Semut menggigit terasa sakit; Orang gemuk tidur terlentang, Perut buncit bagaikan bukit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau berkayuh menyusur batang, Tandanya sampan akan ke darat; Kalau mengeluh pagi dan petang, Tandanya badan tambah melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Gagak terbang menyusur rimba, Beruk di hutan tergaru-garu; Hendak meminang umurlah tua, Bongkoklah badan menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Musang jebat menyusur akar, Murai berkirai bulu dadanya; Hujan ribut padang terbakar, Embun setitik padam baranya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tuan belayar menyusur bulan, Mangkuk pecah pinggan teringin; Adik kacak macamlah bulan, Saya di kampung haram tak ingin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal belayar menyusur bukit, Satu kapal dua serombong; Bagaimana hati tak sakit, Satu sangkar dua burung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mudik ke hulu menyusur duri, Orang mengetam musim bah; Duduk kita fikirkan diri, Kasih sayang sudah berubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik anak angsa, Anak menyusur lumut di batu; Jangan ditilik orang berbangsa, Tilik akan dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Angin bukan sebarang angin, Angin menyusur daun kayu; Nyanyi bukan sebarang nyanyi, Nyanyi menghibur hatiku rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas