Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merah

Puisi
 

Laksamana mudik ke bendang,
     Seluar merah baru berjahit;
Laksananya buah pedendang,
     Luarnya merah dalamnya pahit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Buah masak merah belum tentu manis rasanya.

Bermaksud :

Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik.

 

Lihat selanjutnya...(18)

361

Manners make the man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Apa merah di kaki langit, Putik delima dilari kuda; Apalah merah di sanggul Kak Nit, Bungalah sirih cempaka muda.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Laksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tetaklah akar akar merah, Semut meniti di dalam talam; Badan berpeluh mataku merah, Angkat mengucap di tengah malam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sutera merah lukisan Ayu, Dijual oleh anak Kedah; Putera sejati anak Melayu, Gagah tampan menyusun langkah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Baju merah saga, Solat hari Jumaat; Ibu kami jaga, Hingga akhir hayat.Pantun Melayu SarawakKiasan
Balam merah namanya kayu, Batangnya ada mengandung getah; Di dalam susah hamba menunggu, Abang juga tak mahu singgah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Awan merah tanda kan panas, Musim kemarau mulai datang; Jangan marah duduk berkipas, Hamba bergurau menguji abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Burung Perling muka merah, Murah beralun pintu; Emak jeling katakan marah, Perangainya memang begitu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Apa merah dalam padi, Buah ciku dengan bedak; Apa dimarah pada kami, Sekali marah sekali tidak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Burung belatuk jambul merah, Sepakat dengan rajawali; Minta ampun kepada Allah, Minta syafaat kepada nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12345678910...

Kembali ke atas