Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(844)

Pantun

PantunSumberTema
Bukan padi sebarang padi, Padi ditabur menjadi lalang; Buah hati sekeping hati, Hati rindu denganmu abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padi pulut padi Melaka, Belum direndang bertih dahulu; Hati perut hati celaka, Belum dipandang dah kasih dulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan berjalan kaki, Jika penat naik kereta; Jangan sekali menurutkan hati, Seumur hati duduk bercinta.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jangan dilurut padi muda, Padi muda dibawa ke barat; Jangan diturut hati muda, Hati muda membawa larat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun palas makan di api, Asap sampai ke Seberang Raja; Rawan belas di dalam hati, Di hati kami haram tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk turi berdahan merah, Tempat rama-rama duduk bergantung; Buah hati janganlah marah, Risaunya hati tidak tertanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas