Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung besar, yg jantan bulunya berwarna-warni dan ekornya spt bentuk kipas apabila mengembang, Pavo muticus; ~ biru, Pavo cristatus; ~ pongsu sj burung kuang cermin, kuang pongsu, Polyplectron mala-cense. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj burung yg besar lagi cantik bulunya, Pavo muticus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merak I

Puisi
 

Merak hulu merak hilir,
     Merak seekor hujung tanjung;
Hendak ke hulu hendak ke hilir,
     Badan seorang tak tertanggung.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Apa gunanya merak mengigal di hutan.

Bermaksud :

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya). (Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Merak emas merak Palembang, Merak suasa patah kaki; Gunung emas sudah hilang, Gunung suasa ada ganti.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Merak hulu merak hilir, Merak seekor hujung tanjung; Hendak ke hulu hendak ke hilir, Badan seorang tak tertanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sana merak sini merak, Merak seekor makan jagung; Sana hendak sini hendak, Badan seorang mana nak tanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Merak hijau di cabang pauh, Anak puyu di dalam padi; Lagi kutinjau lagi jauh, Berasa sayu di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tiung merak terbang ke rimba, Hinggap mari di pohon pauh; Jongnya perak layar sutera, Makin sehari kupandang jauh.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Terbang merak Kuala Jengal, Terbang hinggap atas bukit; Tuan hendak mudah kenal, Angkat muka senyum sikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merak burung di rimba, Burung makan padi setangkai; Belum layak rupanya dia, Hendak mati bertindih bangkai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Selasih-selasih merak melayang, Burung pegar dalam padi; Minta kasih abang tak sayang, Baru tersedar dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung disebut si burung merak, Menjadi ratu istana rimba; Untung sabut timbul nampak, Untung batu tenggelam hamba.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas