Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.ti] | مرنتي

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Shorea albida; ~ baka = ~ paya = ~ tenggelam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, seraya buaya hantu (Sabah), Shorea uliginosa; ~ kepung sj tumbuhan (pokok), Shorea ovalis; ~ kuning sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, damar hitam, seraya ku­ning (Sabah), a) Shorea faguetiana; b) Shorea resinanigra; ~ langgung sj tumbuhan (pokok), Shorea lepidota; ~ merah sj tum­buhan (pokok), Shorea spp.; ~ merah tua sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocar­paceae, nemesu, seraya, obah suluk (Sabah), Shorea spp.; ~ paang sj tumbuhan (pokok), Shorea bracteolata; ~ putih sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ sabut sj tumbuhan (pokok), keruing sudi, Vatica perakensis; ~ sarang punai sj tumbuhan (pokok), Shorea parvifolia; ~ temak sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), Shorea leprosula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.ti] | مرنتي

Definisi : nama sj pokok, Shorea albida. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meranti

Puisi
 

Sayur meranti dirampai ketola,
     Nasi putih dalam pinggan;
Sampai hati sampai rasa,
     Sedang berkasih tuan tinggalkan.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Meranti kayulah meranti, Mari dirintis beri bertali; Belum dapat belum berhenti, Di dalam hati berani mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang meranti anak meranti, Batang sesah anak sesah; Tunggang mati tidakkan mati, Tunggang susah tidakkan susah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Batang meranti mati ditebang, Ditebang orang untuk perahu; Abang dinanti pagi dan petang. Hatiku bimbang bercampur pilu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Disimpan dalam raga meranti, Buat bekal mudik ke hulu; Dimaki orang sampai ke mati, Anak cucu menanggung malu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sayang Sarawak hutan meranti, Tanah paya ditanam padi; Hendak kutinggal tak sampai hati, Hendak kubawa ayah tak sudi.Pantun Melayu SarawakKasih
Batang selukup batang meranti, Batang pinang dibelah-belah; Tunangan hidup adalah mati, Tunangan menang adalah kalah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau terbakar rumpun meranti, Elok ditebang dibuat suluh; Kalaulah khabar belum pasti, Elok dibuang jauh-jauh. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tiang tengah kayu meranti, Satu patah semuanya remuk; Hilang tuah malulah diri, Berlaku salah nama busuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
123

Kembali ke atas