Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.raung] | مراءوڠ

Definisi : 1. berbunyi (bersuara) nyaring dan panjang (anjing, serigala, dll), menggeru: harimau ~; 2. = meraung-raung menangis serta menjerit keras-keras, menggerung: dia ~ apabila saja dia melihat mayat anaknya terbujur; orang sakit itu meraung-raung sam­bil berlari ke sana sini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.raung] | مراءوڠ

Definisi : 1 berbunyi atau bersuara dgn nyaring panjang (bkn anjing dll). 2 = meraung-raung menangis serta menjerit kuat-kuat: Perempuan itu ~ sambil berlari ke sana sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raung
Kata Terbitan : meraung, raungan,


Pantun

PantunSumberTema
Sejak selasih tak mahu berbuah, Semut meraung kera pun pusing; Sejak kekasih tak nikah, Perut kembung kepala pun pening.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak beruk berebut kuntum, Ditampar musang lari meraung; Awak gemuk ketum berdentum, Gemparlah orang seisi kampung..Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gajah jatuh masuk ke lubang, Kakinya patah duduk meraung; Gagah sungguh Datuk Hulubalang, Bininya saja sepepak kampung.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas