Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.raut] | مراءوت

Definisi : meratakan (menghaluskan, me­licin­kan, meruncingkan, dll) dgn pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dgn pisau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.raut] | مراءوت

Definisi : melicinkan sesuatu (spt buluh, rotan) dgn pisau: ~ rotan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raut
Kata Terbitan : meraut,

Puisi
 

Sayalah tidak pandai meraut,
     Sebarang raut saya rautkan;
Saya tidak pandai menyahut,
     Sebarang sahut saya sahutkan.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Wajiblah meraut taji pembelah, Supaya kayu cepat terkerat; Wajiblah sujud kepada Allah, Supaya selamat dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau meraut batang buluh, Siapkan lidi buang miangnya; Kalau dijemput orang yang jauh, Siapkan nasi dengan hidangannya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Naik bukit meraut nibung, Buat perangkap musang jebat; Penyakit lain boleh ditanggung, Penyakit rindu tak ada ubat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayalah tidak pandai meraut, Sebarang raut saya rautkan; Saya tidak pandai menyahut, Sebarang sahut saya sahutkan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang pisau belum diasah, Manakan dapat meraut lidi; Abang merantau lamalah sudah, Manakan kuat hamba menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pisang raut di hujung bendul, Hendak meraut si bingkai balam; Lautan dalam sebesar jambul, Tujuh buah kapal di dalam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas