Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.yap] | مرايڤ

Definisi : spt rayap, berkeriapan, ber­ke­ru­mun banyak-banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yap] | مرايڤ

Definisi : 1. berjalan (bkn binatang kecil spt semut dll): semut dan anai-anai ~ di tanah; 2. melata (tumbuh-tumbuhan yg menjalar): batangnya bercabang-cabang ~ di atas tanah; 3. ki bergerak dgn perlahan-lahan dan arah yg berubah-ubah (pandangan, fikiran, dll), bergerak dgn perlahan-lahan: matanya ~ ke sekujur badan orang itu; beberapa buah kereta lembu kelihatan ~ perlahan-lahan; tangan yg terkembang rapat itu merayap-rayap menyapu daun pintu; 4. bp berjalan-jalan membuang masa dgn tidak tentu hala (tidak bertujuan dll), merayau: kadang-kadang ia ~ sampai subuh; beberapa hari di Singapura ia mulai ~, mula-mula dipandu oleh anak tukang kebun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.yap] | مرايڤ

Definisi : 1 berjalan (bkn bina­tang kecil spt semut): Semut dan anai-anai ~ di tanah. 2 melata (bkn tumbuh-tumbuhan menjalar): Pokok keledek itu ~ hingga ke luar pagar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rayap2
Kata Terbitan : merayap, merayap, merayapi,

Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Sungguh teruk sakit merayap, Merayap siang sampailah malam; Sungguh elok kulit berkurap, Kurap dipandang bagai disulam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Besar perahu tiada kepalang, Mudik merayap menjelang senja; Biarpun malu dicerca orang, Adikkan tetap kupinang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Wangilah bunga sedap malam, Banyak kumbang ikut menyeri; Lakilah tua merayap malam, Hendak ditendang takut mati.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak beruk menangkap ayam, Banyaklah kera memberi nasihat; Sejak datuk merayap malam, Banyaklah betina belajar silat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh beruntung menjahit tilam, Siap tilam tidurkan nyenyak; Sungguh beruntung berkulit hitam, Merayap malam tidakkan nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mengapa banyak kerang di pantai, Kerana yu menangkap ketam; Mengapa banyak orang bercerai, Kerana penghulu merayap malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu malam bulan pun kelam, Hari gelap tak ada lampu; Baju hitam badan pun hitam, Pergi merayap tak ada yang tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mati sumbu matilah lampu, Tiap malam duduk bergelap; Laki bisu bini pun bisu, Mulut diam tangan merayap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas