| Merayu-rayu si burung pungguk, Hinggapnya pula di hujung dahan; Ke tanah suci lalu dijenguk, Ke rumah hamba haram tak datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Lagu-lagu Melayu, Masuk era baru; Jangan asyik merayu, Fikiran jadi celaru. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Sekali biduk lalu, Sekali dayung patah; Sekali adik merayu, Mati pun abang tempah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Banyak kayu mati meranggas, Dimakan api pembakar ladang; Hendak merayu hatiku cemas, Saban hari berasa bimbang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Yang susu dibalas kopi, Air tuba dibalas racun; Sedang merayu terlepas gigi, Hati kecewa selera turun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Jentayu burung jentayu, Hendak terbang harilah tinggi; Angin ribut merayu-rayu, Duduk membelai adik kini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Alangkah sayu hati di dalam, Mendengar guruh dayu-mendayu; Abang merayu siang dan malam, Gementar tubuh menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Waktu duduk menunggu senja, Kain dilipat disimpan orang; Waktu datuk merayu dara, Datin melihat mengasah parang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bukit Cina berkayu jati, Betung ditembak menimpa atap; Sakit merana merayu hati, Burung terbang tak mahu hinggap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Bila orang memakai baju, Tentulah ada kain pelekat; Apabila abang pandai merayu, Tentulah hamba akan terpikat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |