Merayu-rayu si burung pungguk, Hinggapnya pula di hujung dahan; Ke tanah suci lalu dijenguk, Ke rumah hamba haram tak datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jentayu burung jentayu, Hendak terbang harilah tinggi; Angin ribut merayu-rayu, Duduk membelai adik kini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Janganlah suka menebang kayu, Kayu di rimba banyak manfaatnya; Janganlah hamba abang rayu, Merayu hamba banyak syaratnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baik-baik menebang kayu, Buah kayu banyak bergetah; Baik-baik abang merayu, Salah rayu awak difitnah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ingat-ingat menebang kayu, Patah kayu menimpa kepala; Ingat-ingat abang merayu, Salah rayu membawa bala. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |