Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.bah] | مربه

Definisi : sj burung, Lanius cristatus; ~ abu, Hypsipetes flavala; ~ berjanggut = ~ beringin sj burung, Criniger ochraceus; ~ bersisik sj burung, Pycnonotus squamatus; ~ bidan sj burung, Trachycomus ochrocephalus; ~ ekor gading sj burung, Tersiphone paradisi affinis; ~ gila sj burung, murai gila, merbuk gila, Rhipidura javanica; ~ gila gunung sj burung, Rhipidura albicollis; ~ jambul sj burung, Spizixos canifrons; ~ kapur sj burung, Pycnonotus goiavier; ~ kelabu sj burung, Pycnonotus cyaniventris; ~ kunyit = ~ luris leher sj burung, Pycnonotus finlaysoni; ~ kunyit jambul hitam = ~ jambul hitam sj burung, Pycnonotus melanicterus; ~ rimba a) sj burung, Tephrodornis gularis; b) sj burung, Malacopteron magnirostre; ~ sampah sj burung, Criniger bres; ~ sampah kuning sj burung, kelicap belukar, Macronus gularis; ~ tanduk sj burung, Pycnonotus melanoleucos; ~ telinga merah sj burung, burung cerlah, Pycnonotus jocosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.bah] | مربه

Definisi : nama sj burung, Lanius cristatus cristatus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merbah

Puisi
 

Anak merbah di paya Tuk Barat,
     Pakai kain dua seragi;
Hang tak megah aku tak minat,
     Orang lain ramai lagi.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Merbah terbang di pohon Jawa, Pakai anak raja Chupa; Adik abang tuanku nyawa, Bilakah masa dapat berjumpa?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak merbah di paya Tuk Barat, Pakai kain dua seragi; Hang tak megah aku tak minat, Orang lain ramai lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Terbang merbah dari Kuantan, Saya mencaruk telur pipit; Alangkan sepah saya makan, Inikan pula pinang bergigit.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Terbang merbah dari Kuantan, Hinggap singgah di ranting keduduk; Pinang bulat saya makan, Inikan pula pinang bertampuk.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak merbah hinggap di ranting, Disumpit oleh anak sakai; Bila tergelak dia menjeling, Bila jauh dia melambai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak punai anak merbah, Pandai ia membuat sarang; Anak sungai lagi berubah, Ini pula hati orang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kata cik puan merbah terbang, Kerana durian berbunga lagi; Jangan tuan cakap terbuang, Takut dia berguna lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak punai anak merbah, Terbang bertiga anak helang; Tuan sayang lagi berubah, Kononlah pula di hati orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak punai anak merbah, Terbang bersama membuat sarang; Anak sungai lagi berubah, Inikan pula hati orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak punai anak merbah, Hari-hari mengangkut sarang; Lautan lagi berubah, Inikan pula hati orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas