Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.bu/] | مربوق

Definisi : sj burung; ~ aman sj burung, Geopelia striata; ~ balam sj burung, ketitir, tekukur jerum, Streptopelia chinensis; ~ gila sj burung, merbah gila, Rhipidura javanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.bu/] | مربوق

Definisi : 1 nama sj burung; ketitir, Streptopelia chinensis tigrina. 2 nama sj burung; balam, Geopelia striata striata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merbuk

Puisi
 

Burung merbuk di tepi pekan,
     Pipit tuli mati terjerat;
Buah mabuk jangan dimakan,
     Pokok berduri jangan dipanjat.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Burung merbuk terbang ke tebing, Hinggap ia di dahan manggis; Kalau hendak menyarung cincin, Sarungkanlah di jari manis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merbuk burung merpati, Terbang berpusing hala bendang; Wajah elok menawan hati, Siang malam hamba terkenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak merbuk sarang di luar, Pucuk paku pucuk beringin; Biar buruk kaki seluar, Hati aku sikit tak ingin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak-banyak telur merbuk, Tidaklah sama telur merpati; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk yang mana sakit sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati di Bukit Ngulang, Anak merbuk sarang di luar; Kuulang pagi kuulang petang, Hingga buruk kaki seluar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas