Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Duduk beramai mengucap zikir, Begitu merdu suara Tok Aki, Sungguh malang nasib Pak Tahir, Dapat kerbau tidak berkaki. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Buluh perindu dibuat suling, Bunyinya merdu bukan kepalang; Hatiku rindu adik berpaling, Daripada malu eloklah hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh perindu dibuat suling, Bunyinya merdu mendayu-dayu; Menahan rindu badanku kering, Dinda tak mahu mengambil tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Puyuh berlari dalam jerami, Tiak menyanyi merdu suara; Tujuh lautan telah kuselami, Tidak kutemui sebutir mutiara. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Azan bukan sebarang pesan, Azan bilal suaranya merdu; Pesan bukan sebarang pesan, Pesan kutinggal tanda rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain tudung kain pelangi, Kain dibeli di kedai Cina; Sungguh merdu adik menyanyi, Abang teringat tidur tak lena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |