Kalau balik merendam selasih, Pantang merendam biji labu; Kalaulah adik memendam kasih, Abang pun karam menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Biarkan orang merendam kunyit, Kita merendam keladi juga; Biarkan orang memandang duit, Kita memandang budi juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jika tuan merendam jagung, Saya merendam si buah padi; Jika tuan pulang ke kampung, Saya tinggal susah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini merendam jagung, Malam esok merendam serai; Malam ini kita berkampung, Malam esok kita bercerai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pantang merendam biji labu, Labu dibawa orang bermain; Abanglah karam menahan rindu, Rindu kepada orang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau merendam biji selasih, Minum mari dalam cawan; Sudah jodoh bertemu kasih, Laksana paku lekat di papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah lama merendam selasih, Barulah kini mahu mengembang; Sudah lama kupendam kasih, Barulah kini bertemu pandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berebut beruk merendam labu, Kancil marah buntal bersorak; Terkentut datuk dalam kelambu, Katil patah bantal berselerak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau takut merendam cendawan, Eloklah mandi bersabun lumut; Kalau takut menentang lawan, Eloklah mati terjun ke laut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ingat-ingat merendam kain, Kain itu ada kapasnya, Ingat-ingat dalam bermain, Bermain itu ada batasnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |