Biarlah orang merendang pedas, Kita merendang berkuah juga; Biarlah orang memandang ke atas, Kita memandang ke bawah juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah orang merendang angsa, Kita merendang itik serati; Biarlah orang memandang bangsa, Kita memandang nan baik hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau merendang buah nangka, Biji direndang rasanya sedap; Kalau dikenang nasib celaka, Hari yang terang terasa gelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tuan merendang buah pedada, Jatuh ke bawah menimpa kaki; Tuan bujang ambil janda, Macam kain sudah dipakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Orang merendang si udang galah, Cara masakan oranglah Minang; Orang perempuan selalunya kalah, Orang jantan selalunya menang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa gunanya merendang padi, Bila tak dapat jadi bertih; Apa gunanya memandang kami, Hambar melarat budi tertindih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh elok merendang melukut, Rendang melukut rapat bajinya; Sungguh elok orang penakut, Orang penakut cepat larinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau pandai merendang cendawan, Rendang dimakan terasa nikmat; Kalau pandai menenggang kawan, Orang senang hidup selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Eloklah elok merendang cendawan, Basah sedikit rendam sekali; Elok-elok menenggang kawan, Salah sedikit jangan peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mari kita merendang selasih, Jangan dicampak dan dibuang; Mari kita merentang kasih, Jangan tampak dipandang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |