Jika berteduh di bawah pokok, Pokok tumbang buahnya lesap; Kalau berkawan orang merokok, Tidak merokok terhidu asap. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Merokok tembakau Padang, Asap menjulang ke udara; Tinggal adik tinggallah sayang, Abang ditempuh sengsara. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sambil merokok makan sirih, Sepah ditaruh di atas riba; Kalau tak tunduk kena pengasih, Alamat sijundai akan tiba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Waktu siang banyak merokok, Kerana banyak menerima tamu; Mahu meminang ketiak busuk, Bila ditolak tentulah malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pandai benar tuan merokok, Lepas sebatang sebatang lagi; Pandai benar abang mengelak, Lepas seorang seorang lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang singgah diajak duduk, Duduk merokok saling bertanya; Orang nikah awak yang mabuk, Mabuk menengok juling matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |