Jalan baru Merpati, Jalan Merpati, Simpang Jalan Laruh, ke Jalan Laruh; Berapa tahun kunanti, harus kunanti, Kain buruk di tubuh, buruk di tubuh. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Merpati ditangkap kucing, Tangkap mari tepi kota; Besar hati orang miskin, Hari-hari duduk bersuka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Merpati telurnya hijau, Pecah sebiji di dalam cawan; Abang pergi ke langit hijau, Adik menanti di kaki awan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sarat Merpati membawa mengkudu, Jinak merpati makan padi; Hasrat hati melayar rindu, Tanak nasi tidak menjadi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Jika Merpati singgah ke Jordan, Kemas0kemas pukul satu; Jika hati dirasuk syaitan, Emas pukal disangka batu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Jalan Merpati bengkang bengkok, Cantik rumah tukang pandai; Jangan seperti pinggan mangkuk, Terantuk sedikit pecah berkecai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Selama merpati menggoda lalat, Banyaklah ulat memberi petuah; Selama menteri gilakan pangkat Banyaklah umat mati terlapah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selama merpati kena jerat, Banyaklah lalat berasa pilu; Selama menteri gila menjilat, Banyak umat yang kena tipu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak merpati terbang sekawan, Marilah hinggap di balairung seri; Buahnya letik jangan nan rawan, Pun damik dalam negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Burung merpati terbang seratus, Hinggap mari di pohon nanas; Hendak meniti jambatan putus, Hendak berenang buaya ganas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |