Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ti] | مستي

Definisi : 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, ke­wajiban; 2. ketentuan, ketetapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ti] | مستي

Definisi : 1 tidak boleh tidak; wajib: Saya ~ pergi hari ini juga. 2 pasti; tentu: Jika tidak disudahkan kerja ini, ~ tuan akan memarahi kita. memestikan 1 mewajibkan: Kerajaan ~ setiap rakyatnya memiliki kad pengenalan. 2 menentukan; menetapkan: Kami tidak dpt ~ berapa keuntungan yg diperoleh tiap-tiap bulan. kemestian 1 sesuatu yg dimestikan; kewajipan. 2 sesuatu yg sudah ditentukan; ketentuan; ketetapan. semestinya 1 spt yg diwajibkan; sewajibnya: Sudah ~ kita taat kpd ibu bapa. 2 spt yg patut; sememangnya: Orang yg kaya tidak ~ hidup bahagia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesti (kata tugas)
Bersinonim dengan tidak boleh tidak, wajib, perlu, hendaklah, terpaksa, jangan tidak, harus, patut, wajar, tetap, tentu;,
Kata Terbitan : semestinya, memestikan, kemestian,

Peribahasa

Kerbau menanduk,
     kerbau pergi.

Bermaksud :

Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Pagi-pagi buat senaman, Kesihatan badan mesti dijaga; Kelapa sawit bari ditanam, Promosi dagangan sudah ditaja.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Jika pergi berburu, Singgah pekan tamu, Mahu jadi guru, Mesti kaya ilmu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kuini tumbuh renek, Buah jatuh bertabur, Ini nasihat nenek, Mesti bijak melabur.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Seri Bayu namanya cerita, Cerita lagenda pari-pari; Seru kepada rakyat jelata, Mesti pintar bijak bestari.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kalau pelita sudah menyala, Tentu terang alam keliling; Kalau cinta sudah membara, Hidup mesti tak ambil pusing.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas