Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1. = hari ~ hari Ahad; 2. tujuh hari, pekan: se~ yg lalu, dua orang lagi pemuda Melayu telah ghaib entah ke mana; berminggu-minggu beberapa minggu, banyak minggu (lamanya dsb): bukannya sehari dua, malah ~ lamanya; mingguan 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diter­bitkan) setiap minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi; seminggu-mingguan sepanjang minggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1 = hari ~ hari Ahad. 2 masa atau tempoh selama tujuh hari; pekan: Ia ke Pulau Pinang selama dua ~. mingguan 1 tiap-tiap minggu; seminggu sekali. 2 majalah dll yg terbit sekali seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minggu (kata nama)
Bersinonim dengan tujuh hari, pekan;,
Kata Terbitan : berminggu-minggu,

Puisi
 

Hari Ahad minggu Belanda,
     Kapitan Cina bergelang kaki;
Cuba ditanya pengubat lama,
     Bolehkah tidak kembali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Hari Minggu kuda, berlombak kuda, Budak-budak kerang, memungut kerang; Kalau hati tergoda, sudah tergoda, Tidak peduli orang, kekasih orang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Hari Minggu lumba kuda, Simpang Tiga rumah Mak Siti, Hidup ini seperti roda, Siang malam silih berganti.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hari minggu jalan ke pasar, Di sana belanja membeli udang; Hatiku pilu rasa terbakar, Bunga kupuja dipetik orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hari minggu orang berjalan, Membawa badik jadi senjata; Hatiku rindu bukan buatan, Kepada adik sebijik mata.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hari minggu pergi ke panggung, Dengar cerita anak dewa; Hati rindu tidak tertanggung, Kalau tidak mati menjadi gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari Ahad minggu Belanda, Kapitan Cina bergelang kaki; Cuba ditanya pengubat lama, Bolehkah tidak kembali lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Harilah ini hari minggu, Tempat orang bersabung ayam; Lama sudah kita menunggu, Yang berat sekali tinggal senyum.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari Ahad malam minggu, Sayang encik Syawal menganyamlah pagar; Sudah tersurat ke perut ibu, Berjanji awal tidak bertukar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Aishah kerani gudang, Satu minggu sekali datang; Badan kecil leher jenjang, Sangat rindu kalau tak pandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam kuini jual di pekan, Pekan bernama Pasar Minggu; Begini nasib untungnya badan, Adik seorang rindu menunggu.Pantun Melayu SarawakKasih
12

Kembali ke atas