Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[min.ta] | مينتا

Definisi : 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkali­kali, banyak yg diminta, memohon, memo­hon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[min.ta] | مينتا

Definisi : ; berminta berharap supaya diberi sesuatu. meminta 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. ~ ampun (maaf) memohon supaya diberi ampun atau maaf. ~ berhenti memberitahu hendak berhenti drpd pekerjaan. ~ diri memohon supaya dibenarkan pergi atau pulang. ~ jalan memohon supaya diberi jalan utk dilalui. ~ nyawa memohon supaya tidak dibunuh. ~ sedekah mengemis. ~ tolong memohon pertolongan. meminta-minta 1 selalu benar meminta. 2 meminta sedekah; mengemis. permintaan 1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan. peminta orang yg meminta: ~ sedekah pengemis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(85)
Peribahasa

Minta pucuk pada alu.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

PantunSumberTema
Anak tambi mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Minta mati dalam pangkuan, Minta disiram si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berdentum tabuh di Rian, Minta tabuh lagi; Kalau untung di hari kemudian, Boleh berbalik sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Embung Hulu Kuantan, Tempat buluh perindu; Minta racun saya nak makan, Saya tak tahan menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Kasa mandi di pekan, Burung kerijip berbunga menalu; Minta racun saya nak telan, Saya tak cekap menanggung malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Kalong jalan ke Kedah, Tempat orang menumpang lalu; Minta tolong kepada Allah, Nak ambil juga pelepas malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah anggur buah berangan, Jadikan dengan si buah manggis; Minta kubur di tapak tangan, Mintalah nisan si jari manis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa benda beribu-ribu, Telur penyu banyak di laman; Minta embun turun selalu, Biar kembang bunga di taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak cicak Kuala Selambah, Kuala Selambah molek pagi; Abang minta adik tak ambuh, Adik malas berlaki lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayang-ayang kepalanya pecah, Nampak dari Tanjung Keramat; Kasih sayang bercerai sudah, Minta air doa selamat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ikan kupanggang saja, Hendak bakar tiada berbara; Anak orang kupandang saja, Hendak minta tiada belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas