Burung belatuk jambul merah, Sepakat dengan rajawali; Minta ampun kepada Allah, Minta syafaat kepada nabi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Retak karat kepada baja, Retak galah terbelah dua; Minta daulat kepada raja, Minta petua kepada nan tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Retak urat ada bercanggah, Retak bara ada tengarang; Minta kuat kepada gajah, Minta suara kepada enggang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anak ayam turun tujuh, Satu mati tinggal enam; Minta jauh neraka tujuh, Minta doa tetapkan iman. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anak ayam turun tiga, Satu mati tinggal dua; Minta masuk dalam syurga, Minta habis segala dosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anak ayam turun enam, Satu mati tinggal lima; Minta doa tetapkan iman, Minta mati dalam agama. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anak ayam turun empat, Satu mati tinggal tiga; Minta tulis dalam makrifat, Minta masuk dalam syurga. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Cik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak tambi mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Minta mati dalam pangkuan, Minta disiram si air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |