Orang berdedai menjaja kain, Kain pelekat beraneka warna, Abang bagaikan kelana miskin, Miskin melarat hidup merana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina berkain satin, Sudah satin sakhlat pula; Dagang hina lagi miskin, Sudah miskin melarat pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kerbau balar makan jerami, Anak telkin di atas tembok; Apa jua miskin kami, Lagi miskin tidak berbapak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Sukarnoputri menjalin hubungan, Parti Golkar Akhbar Tanjung; Rakyat miskin dilupa jangan, Tenaga mereka seteguh gunung. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Orang beradat hatinya belas, Kasihan kepada fakir dan miskin; Membuang adat pekerti buas, Dengan saudara lenjin-melenjin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Minyak naik harga, Ikut pasaran dunia; Banyak tak terduga, Miskin terus teraniaya. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Walaupun kain dicelup rata, Masih banyak berbelang-belang; Walaupun miskin hidup merana, Kasihku tidak alang kepalang | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |