Sungguh molek batang ketakal, Kayunya lebar durinya merah; Sungguh elok orang berakal, Lakunya sabar hatinya murah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dayang molek menggoreng telur, Sudah digoreng dalam kuali; Jika malu jangan undur, Saya tidak mungkir janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kerbau Jani molek sungguh, Pergi tenggala tanah raja; Malam ini molek sungguh, Macam malam anak raja-raja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga kenanga kembang sekaki, Rupanya molek kelopak mekar; Sungguhpun lama abang menanti, Mengapa adik tak beri khabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau nak pakai kain pelikat, Ikatlah molek dipandang cantik; Carilah cara untuk memikat, Agar dapat bunga dipetik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak cicak Kuala Selambah, Kuala Selambah molek pagi; Abang minta adik tak ambuh, Adik malas berlaki lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kamek mencuba sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kamek tak pilih, Kasarlah jangan resmi orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Wajik bertakik penganan lama, Sejak dahulu sudah terbilang; Wajahmu molek bagaikan purnama, Membuat diriku mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggi bukit boleh didaki, Air dalam berkala-kala; Orang molek boleh dinanti, Orang tak mahu apakan daya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nenek Lowek menjual sirih, Sirih dijual Jambatan Panjang; Cantik molek kami tak pilih, Asallah jangan mata keranjang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |