Kata adat kata muafakat, Muafakat putus pantang dianjak; Kita seadat sama sesifat, Sifat tulus terbilang akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata bermanfaat, Banyak manfaat dapat dirasa; Hina bangsa tiada muafakat, Tidak muafakat umat binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu dari muafakat, Duduk di majlis memakai adab; Kuat Melayu berdiri adat, Elok manis sesuai cakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat keluarga berkasih sayang, Anak-beranak sama muafakat; Adat dijaga budi terbilang, Rezeki banyak beroleh rahmat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila menengok lepat, Jangan cepat dipegang; Apabila duduk muafakat, Jangan mengumpat orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kata adat kata yang bulat, Bulat tumbuh dari muafakat; Ada adat sempurna helat, Helat senonoh terpuji umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila menyenduk pengat, Jangan ada yang terbuang; Apabila duduk muafakat, Janganlah suka meradang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai berhelat jamu; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai umat bersatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai menjaga diri; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tiada mengiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai membawa berakah; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tiada susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |