Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua/] | مواق

Definisi : 1. sudah jemu (kerana selalu benar me­makan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yg terlalu ber-hati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (spt air, gas, dll) yg dicampuri dgn benda yg lain sehingga benda yg pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dgn benda yg dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yg dicampurkan), mene­pukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua/] | مواق

Definisi : 1 sudah jemu kerana selalu sangat memakan sesuatu; bosan. 2 berasa hendak muntah; loya; mual. 3 berasa jijik kerana mendengar atau melihat sesuatu. memuakkan menimbulkan perasaan muak; meloyakan; menjemukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muak (adjektif)
1. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, lugu, majal, pasai,

2. Bersinonim dengan mual: loya, meluah, meluak, dugal, enek, meloyo,

3. Bersinonim dengan menyampah: meluat, berbulu, getik, jijik, benci,



Pantun

PantunSumberTema
Wangilah minyak kayu cendana, Dapat menjadi ubat penawar; Hatilah muak dirayu juga, Lambat kaki tangan menampar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hendak retak retaklah tangga, Tiang tidakkan mahu rebah; Hendak muak muaklah dinda, Abang tidak berpaling tadah. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang selasih buahnya banyak, Setiap hari diambil orang; Orang kukasih sudahlah muak, Ke mana lagi hamba menumpang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana nasi takkan ditanak, Nasi yang ada dimakan kucing; Bagaimana hati tidakkan muak, Janjilah lupa jangan berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila selasih sudah masak, Tak lama lagi gugur ke tanah; Bila kekasih sudah muak, Ke mana pergi hati gelabah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Laut bukan sebarang laut, Laut dalam ombak menggunung; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut tajam muak sekampung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau barjalan tertatih-tatih, Nampak bagai sedang merangkak; Kalau berkawan tindih-menindih, Tengah beramai orangkan muak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jalan -jalan naik ke puncak, Di sana ada lotong dan ungka; Jangan-jangan adik dan muak, Setiap bersua memalingkan muka. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jalan-jalan naik ke puncak, Di sana ada lotong dan ungka; Jangan-jangan adik dah muak, Setiap bersua memalingkan muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Lain padang lain rumputnya, Rumput panjang padang kan semak; Lain orang lain mulutnya, Mulut lancang orang kan muak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas