Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muara;

Puisi
 

Muara batu berumput,
     Kelekati gilang gemilang;
Suara saja terluput,
     Dalam hati manakan hilang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Hidup dua muara.

Bermaksud :

Hidup dengan dua macam pencarian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Muara batu berumput, Kelekati gilang gemilang; Suara saja terluput, Dalam hati manakan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang muara tidak berbukit, Banyak bukit di Batu Karang; Budimu tuan bukan sedikit, Dari dahulu sampai sekarang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Dari muara mudik ke hulu, Sambil menyanyi mendayung sampan; Belum bersuara tersenyum dulu, Menambah seri wajah rupawan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Sejingkat Muara Sambir, Nampak dari Kuala Tebedu; Banyaklah taubat di luar bibir, Di dalam hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan sepat ikan muara, Anak itik di pinggir kali; Meminta maaf pada saudara, Kesilapan besar sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ikan puput di tengah muara, Si jarang gigi timbul berkawan; Malang hidup tiada saudara, Kalau sudi terimalah tuan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Encik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Duduk termenung di tepi muara, Ditiup angin daun bergoncang; Bila terkenang pada dara, Berdebar hati bertambah sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak perahu dagang, Berlabuh di muara; Ada semngat juang, Jadi wira Negara.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
12

Kembali ke atas