Supaya mudah berjalan jauh, Bawalah bekal banyak-banyak; Supaya maruah jangan jatuh, Pelihara amal baikkan akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Batang selasih mudah patah, Banyak terdapat di Hutan Dalam; Banda Aceh musnahlah sudah, Mangsa menangis siang dan malam. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Supaya beban mudah diangkat, Eloklah dibawa beramai-ramai; Supaya badan kita selamat, Elok tak usah memandai-mandai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah memarut sagu, Sebelum diparut batang dibelah; Bukan mudah menuntut ilmu, Sebelum dapat pantang menyerah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah berladang sawah, Sawah ladang kerjanya berat; Bukan mudah memegang amanah, Amanah hilang ditimpa laknat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah berladang padi, Ladang padi wajib dibakar; Bukan mudah berhutang janji, Hutang janji wajib dibayar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah berladang padi, Ladang padi bersemak belukar; Bukan mudah berhutang budi, Hutang budi takkan terbayar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari mahu berlapar; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri mahu belajar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berperahu; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan berilmu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berhujan; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan amalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |