Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mukanya

Puisi
 

Kain pelikat mukanya dua,
     Mari kait benang berduri;
Sudah bertekad kita berdua,
     Orang lain jangan peduli.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bintang di langit boleh dibilang,
     tetapi arang di mukanya tak sedar.

Bermaksud :

Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga).

 

Lihat selanjutnya...(2)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Orang beradat mukanya jernih, Hati lapang fikiran luas; Membuang adat bala yang boleh, Mati terbuang hidup melengas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kain pelekat mukanya dua, Sudah sejudu beri bertali; Duduk berdekat kita berdua, Marah ibu jangan peduli.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kain pelikat mukanya dua, Mari kait benang berduri; Sudah bertekad kita berdua, Orang lain jangan peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gelugu pakai papan, Buah pauh di atas para; Nak tegur mukanya masam, Dia sudah marahkan saya.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sirih kuning ganggangnya jelujur, Nak taruh bulan puasa; Putih kuning mukanya bujur, Nak taruh permainan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tiung julai asam, Anak panah Seri Rama; Tunduk cium mukanya masam, Datang fitnah dari mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh tinggi batang kekabu, Bunganya putih bagaikan kipas; Sungguh terpuji orang berilmu, Mukanya bersih hati pun iklas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang gadis suka berbedak, Bedak menambah bersih wajahnya; Orang bengis suka membentak, Terbentak mentua putih mukanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa tanda pisang dipengat, Berkuah santan manis rasanya; Apa tanda orang beradat, Berkata sopan manis mukanya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas