Sayang mumbang kelapa mumbang, Mumbang sebiji dari Pariaman; Kalau tahu jinaknya kumbang, Tanam bunga di pinggir laman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Naik turun mencari mumbang, Mumbang kelapa nyiur hijau; Adik sepantun dewi mumbang, Hilang di mata hatiku risau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lainlah mumbang lain kelapa, Mahu disayur manakan dapat; Lain ditunang lain yang tiba, Mahu mundur sudah terlambat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak orang membunuh tupai, Amanlah mumbang dengan kelapa; Sejak memandang tubuh semampai, Imanku goyang makan pun lupa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kelakap terakan-akap, Makan sirih belahlah mumbang; Kerana Allah sampaikan cakap, Umpama bunga dengan kumbang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tujuh takuk tujuh terbelah, Tekuk bagai tandan mumbang; Sungguh elok kepala sulah, Bentuk bagai bulan mengambang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Batang nyiur tegaknya tinggi, Di situ beruk bermain mumbang; Orang ditegur tidak peduli, Hatiku remuk bukan kepalang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang kelapa di tepi pagar, Jangan dipetik selagi mumbang; Abang menyapa hati berdebar, Entahkan adik sudi memandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lumba-lumba main gelombang, Riak sampai Kuala Linggi; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Lumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |