Adat berjanji berpantang mungkir, Adat bersumpah pantang berhelah; Adat memuji pantang menyindir, Adat menyembah pantang melapah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dari Jejawi ke Kubang Gajah, Jangan simpang ke Mata Air; Mungkir janji bukan mudah, Bagai pemotong belum dibayar. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau tuan menutuh keranji, Tinggalkan saya sebelah dahan; Kalau tuan mungkir janji, Tinggalkan saya kain basahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau sekali abang mengikir, Sepuluh kali adik mengetam; Kalau sekali abang mungkir, Sepuluh kali adik mendendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Terang bulan bagai diukir, Pinang sendawa dari Makasar; Kalau saya setianya mungkir, Tuntut dakwa di Padang Mahsyar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jalan naik jalan mendaki, Siapa mendaki lelah rasanya; Jangan adik lupakan janji, Mungkir janji nyawa padahnya. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari hulu orang ke hilir, Perahu kolek semakin sarat; Dari dahulu abanglah mungkir, Malulah adik berkirim surat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Banyaklah banyak gelang di pasir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |