Zaman kini banyak musibah, Kerana orang suka berseteru; Puan berjanji hendak menikah, Hamba datang mengapa malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adapun niat yang diniatkan, Musibah jangan menjadi balak; Adapun adat yang diadatkan, Dirubah jangan menyalahi syarak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat perahu pantang tersakat, Bila tersakat datang musibah; Adat Melayu pantang mengumpat, Bila mengumpat malang bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun niat yang diniatkan, Iman dan sabar dalam musibah; Adapun adat yang diadatkan, Zaman beredar boleh dirubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Andainya hujan lebat mencurah, Eloklah kita membawa payung; Andainya kawan dapat musibah, Eloklah kita segera menolong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang memukat pagi dan petang, Mencari nafkah bersimbah peluh; Orang beradat berhati lapang, Menghadapi musibah tiada mengeluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau selalu berbaju kutang, Lambat-laun pusat terdedah; Kalau selalu berlaku curang, Lambat-laun mendapat musibah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |