Rusa ini rusa betina, Kalau mandi berkubang jangan; Musim ini musim tua, Kalau mati berkurang jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ada seorang nama Cik Daud, Tanam bunga di tepi kolam; Musim ini musim ribut, Bolehkah karam di laut dalam? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Musim haji orang ke Makkah, Amalam baik sambil bertaubat; Dalam hati abang bersumpah, Menanti adik sampai kiamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Musim ribut pergi ke pulau, Terendak Cina jatuh ke ruang; Lagi hidup kita bergurau, Kalau mati tergolek seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Musim durian rambutan masak, Manggis saja membawa diri; Cincin berlian permata rosak, Dipakai anak Raja Baiduri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Air keruh bertambah keruh, Musim kemarau semakin panjang: Hatiku rusuh bertambah rusuh, Kerana risau menunggu abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Awan merah tanda kan panas, Musim kemarau mulai datang; Jangan marah duduk berkipas, Hamba bergurau menguji abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sumatera berjerbu Jambi berjerebu, Hutan terbakar musim kemarau; Rasa sayu hatiku pilu, Mendengar khabar dari perantau. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Bagaimana bunga takkan gugur, Bila dilanda musim kemarau; Bagaimana nama takkan hancur, Bila kerjanya mencari kacau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mudik ke hulu menyusur duri, Orang mengetam musim bah; Duduk kita fikirkan diri, Kasih sayang sudah berubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |