| Banyak sekali orang ke laut, Mencari nafkah anak dan bini; Hendak menanti orang berebut, Hatiku gundah sepanjang hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang memukat pagi dan petang, Mencari nafkah bersimbah peluh; Orang beradat berhati lapang, Menghadapi musibah tiada mengeluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau tidak berjalan pagi, Manakan dapat mencari nafkah; Kalau tidak termakan budi, Sudah lama kita bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tidak berjalan pagi, Manakan dapat mencari nafkah; Kalau tidak termakan budi, Manakan hamba mahu menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Antara pagi dengan petang, Di sana orang mencari nafkah; Bila kukaji kesalahan abang, Daripada bertunang elok berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Budak-budak baik mengaji, Dapat mengaji sangat terpuji; Cari nafkah dapat naik haji, Boleh menziarah makam nabi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Supaya langkah tidak terdedat, Tengoklah dulu jalan di muka; Supaya nafkah tidak tersekat, Elokkan laku dalam bekerja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Anak dara pergi ke Jeddah, Sampai di Jeddah berperi-peri; Menjual suara bukannya mudah, Hendak mencari nafkah sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |