| Kata tua kata peneduh, Peneduh nafsu angkara murka; Hina bangsa gila bergaduh, Gaduh itu pangkal celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu memantangkan tamak, Orang tamak diperbudakkan nafsu; Tabiat penipu hutangnya banyak, Hutang banyak banyaklah seteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat Melayu pantang khianat, Orang khianat dimakan kutuk; Menurutkan nafsu datanglah laknat, Orang terlaknat matinya teruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Besarlah pasu daripada pinggan, Dipakai orang menyimpan minyak; Besarlah nafsu dara pingitan, Mengintai bujang nasi tak masak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Anak tempua baru keluar, Disengat lebah meracau-racau; Awaklah tua nafsu berkobar, Melihat betina tergagau-gagau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Minum kopi taruh susu, Kurang manis taruh gula; Kalau ikut hawa nafsu, Kalau tak mati separuh gila. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Bagaimana kayu tidakkan mati, Bila dicabut sehingga patah; Bagaimana laku tidakkan keji, Bila menurutkan nafsu serakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kata adat membawa teladan, Teladan hidup tahukan diri; Lupa adat binasalah badan, Iman redup nafsu berdiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Kalau tuan mandi telaga, Timba air dalamlah pasu; Pandailah sungguh adik meneka, Yang paling tinggi ialah nafsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |