Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ga.na.ga] | ناݢ٢

Definisi : Jk keadaan yg menjadi alamat atau tanda (akan baik buruknya), padah: kalau begini ~nya binasa kita semua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.ga.na.ga] | ناݢ٢

Definisi : 1. naga tiruan (spt yg diperbuat drpd kertas dll); 2. ukiran kepala naga (biasa­nya dipasang di haluan perahu); 3. tempat yg tinggi (di balai penghadapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naga-naga

Puisi
 

Kalau begini naga-naganya,
     Kayulah hidup dimakan api;
Kalau begini rasa-rasanya,
     Dari hidup baiklah mati.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Seekor cacing menelan naga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Cacing menelan naga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau begini naga-naganya, Naga hidup kita kan lari; Sungguh begini dagang rasanya, Badan hidup separuh mati.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau begini naga-naganya, Kayulah hidup dimakan api; Kalau begini rasa-rasanya, Dari hidup baiklah mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Datuk Merpatu konon cerita, Beranak naga Sang Seri Bulan; Bertongkat dagu bersengkang mata, Menanti pulang dirimu tuan.Pantun Melayu SarawakKasih
Pulau Tioman Lautan Cina, Asalnya naga mati berhempas; Sungguh nampak bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu berukir naga; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit malu disindir mentua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Kinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Mustika embun tinggi warga, Dikulum anak Raja Naga; Tak termasuk pada sangka, Mata tidur bantal berjaga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kinabalu bertanggalah pati, Ambil kumala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kinabalu bertangga peti, Ambil kumala di mulut naga; Jikalau sudah kata di hati, Tepian hidup terus dicuba.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas