Turun tangga naik tangga, Jangan lekas berputus asa; Pengorbanan penulis harus dibangga, Jasanya mulia memertabatkan bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau naik tangga sendiri, Jangan pula takut terjongkit; Dipandang orang berlari-lari, Dipandang sendiri terjingkit-jingkit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Naik bukit tangga batu, Hari petang memetik mangga; Meniti balik ketika waktu, Abang seorang merantau juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Biarlah orang menakuk tangga, Kita selalu bertangga naik; Biarlah orang berburuk sangka, Kita selalu bersangka baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ikan sembilang di dalam raga, Ditiup dengan sampah jerami; Naik membilang anak tangga, Turun selangkah jejak bumi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Naik turun rasanya nafas, Letih mendaki anak tangga; Adik sepantun bunga kapas, Putih suci tiada bernoda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Labuan tangga peranggi, Putus tembirang dipukul ombak; Akan naik ke gunung tinggi, Jatuh pula ke hutan semak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |