Berapa dulang nak mandi? Nak cuba bunganya; Berani buat berani mati, Nak cuba hati jantungnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Elok manis padang saujana, Adakah limau saya nak tetak? Ayuh adik abang nak tanya, Adakah mahu abang nak mintak? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau nak hujan hujanlah hari, Boleh saya menutup petak; Kalau nak bujang bujang sekali, Boleh saya nak masuk mintak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nak takuk, takuklah, Supaya senang hendak meniti; Nak katuk, katuklah, Jangan sampai menjadi mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Nak mandi batas banyak, Tambah pulak ada buaya; Nak berbini hutang banyak, Tambah pula rial belanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Nak pulang pulanglah puan, Jangat-jangat batang padi; Nak pulang pulanglah tuan, Ingat-ingat datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Nak dulang kubagi dulang, Dulang bekas hantar bertih; Nak pulang kubagi pulang, Pulang cik tuan gajah putih pulang | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Nak berkebun berkebun sangat, Buah limau masak layu; Nak berpantun pantun sangat, Macam Cina masuk Melayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Nak ruang ruang selasih, Jangan ditumbuk ditimba lagi; Nak buang buanglah kasih, Jangan disebut sapa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nak kayuh saya kayuhkan, Budak-budak main perahu; Nak tangguh saya tangguhkan, Elok tak elok saya tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |