Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Nasi lemak bergulai udang,
     Lemak berbau belum dirasa;
Remuklah hati berputih tulang,
     Tidak direla berputih mata.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Minum air terasa duri,
     santap nasi terasa lilin.

Bermaksud :

Sangat bersusah hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana nasi takkan ditanak, Nasi yang ada dimakan kucing; Bagaimana hati tidakkan muak, Janjilah lupa jangan berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bangkit pagi mencari kayu, Untuk pemasak nasi di dapur; Sakitnya hati lama menunggu, Nafas sesak hati pun hancur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asap api dari penanggah, Tempat memasak nasi gulai; Tiap hari hati gelisah, Surat kukirim tidak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sarat Merpati membawa mengkudu, Jinak merpati makan padi; Hasrat hati melayar rindu, Tanak nasi tidak menjadi.Pantun Melayu SarawakKasih
Bunga terhambur di dalam perigi, Dari jauh nampak putih; Rosak nasi kerana api, Rosak hati kerana kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nasi lemak bergulai udang, Lemak berbau belum dirasa; Remuklah hati berputih tulang, Tidak direla berputih mata.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Bagaimana nasi takkan mentah, Periuk dijerang tidak berapi; Bagaimana hati takkan patah, Ilmu kurang hendak meninggi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana nasi tidakkan putih, Beras ditumbuk rendang dulu; Bagaimana hati tidakkan sedih, Puas membujuk orang tak mahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Manalah nasi tidak bergaram, Kerana lapik sudah lusuh; Manalah hati tidakkan geram, Kerana adik bercerai jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Nasi masak sayur pun masak, Turun ke tanah memetik lada; Hati rosak jantungku rosak, Rasa bekah dalam dada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas