Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Ekonomi Negara kini menurun, Tidak siapa dapat menduga; Kami bekerja bertahun-tahun, Memantap ekonomi kestabilan keluarga. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Ketika jerebu melanda Negara, Hari siang bagaikan petang; Kupohon hujan turun sementara, Hujan turun ributpun datang. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Ini bulan bahasa, Kembara seluruh negara, Anak jadi mangsa, Ibu kena dera. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Mulia suku adatnya kukuh, Iman kuat negara pun aman; Bila bersatu umat kan teguh, Beban berat menjadi ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mogok sana mogok sini, Konon tuntut kedamaian Negara; Sogok sana sogok sini, Kerana nak jadi jutawan segera. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Kereta kita Proton Saga, Tujuh jenama keluaran Negara; Biar pandai berurus niaga, Mimpi jangan jutawan segera. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bancuh kopi untuk saudara, Tebas rumput rata-rata; Bertanggungjawab kepada Negara, Lepas tangan putih mata. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |