Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ra.ka] | نراک

Definisi : 1. alam akhirat tempat orang yg ber­dosa diseksa, lwn syurga; ~ jahanam neraka yg paling besar; 2. bp segala macam seksaan (bencana, kesusahan): inilah yg disebut ~ dunia; 3. celaka, sial: ~ kau ini; 4. ki tempat yg penuh dgn seksaan, kesusahan, dan ben­cana: rumah itu bagaikan ~ baginya; menerakakan mendatangkan bencana, men­­­­celakakan; kenerakaan perihal neraka, kecelakaan: apa yg ditemuinya di Kampung Kambing itu ialah keduniaan belaka, kejasmanian belaka, ~ belaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ra.ka] | نراک

Definisi : 1 tempat di akhirat kelak bagi orang yg ingkar dan berdosa di dunia ini menerima balasannya: ~ jahanam neraka yg amat besar. 2 ki segala macam kesusahan dan penderitaan: ~ dunia keadaan hidup yg sangat susah atau azab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neraka

Puisi
 

Tebang mari kayu nangka,
     Hendak dibuat kayu api,
Seorang neraka seorang syurga,
     Yang mana satu hendak diganti.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Landak makan buah salak, Kumat lumat dengan bijinya; Api neraka kalau tak galak, Umat belum takut dirinya.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tebang mari kayu nangka, Hendak dibuat kayu api, Seorang neraka seorang syurga, Yang mana satu hendak diganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam turunnya enam, Mati seekor tinggalnya lima; Dijilat oleh neraka jahanam, Budi Tuhan sudah diterima.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak ayam turun tujuh, Satu mati tinggal enam; Minta jauh neraka tujuh, Minta doa tetapkan iman.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Banyaklah orang menjolok nangka, Kerana nangka banyak buahnya; Banyaklah orang nan masuk neraka, Kerana derhaka pada orang tuanya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Langit biru apa tongkatnya? Bunga cempaka kembang biru; Hidup dunia apa hakikatnya? Pintu neraka sedia menunggu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kalau nangka tak mahu masak, Cubalah peram sehari dua; Kalau derhaka ke ibu bapak, Neraka jahanam menantikannya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sarat bukan sebarang sarat, Sarat sampan terasa lambatnya; Sesat bukan sebarang sesat, Sesat iman neraka tempatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak ayam turunnya tujuh, Mati seekor tinggalnya enam; Hancur luluh seluruh tubuh, Dijilat oleh neraka jahanam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Untuk apa menengok wayang, Supaya melihat cerita lama; Untuk apa duduk sembahyang, Supaya selamat dari neraka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas