Tikar pucuk tikar mengkuang, Tempat nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Belilah kain berenda pekat, Dapat masuk ke nikah kahwin; Hati ingin berkirim surat, Takut ditengok orang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belum berempah sudah digulai, Manakan lauk terasa lazatnya; Belum nikah sudah menyeragai, Manakan elok pada adatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang singgah diajak berbual, Nasi ditanak gulai disenduk; Orang nikah awak yang kesal, Bininya budak lakilah bongkok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang singgah diajak duduk, Duduk merokok saling bertanya; Orang nikah awak yang mabuk, Mabuk menengok juling matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang singgah diajak makan, Makan minum memuaskan tekaknya; Orang nikah awak yang pengsan, Pengsan mencium bau ketiaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bukannya lukah tidak menjadi, Batang terbakar dari hulu; Bukannya nikah yang tak jadi, Abang bersabarlah dahulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak lintah tergedit-gedit, Anak harimau menyeberang paya; Nak nikah tergedit-gedit, Orang tak mahu apakan daya. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Yang singgah diajak bermalam, Duduk berangin di selasar tinggi; Orang nikah awak yang demam, Menengok pengantin sebesar gergasi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Wangilah bau delima merkah, Mau diperam mudahlah busuk; Hatilah jemu dipaksa nikah, Baru semalam sudah beramuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |