Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nis.ta] | نيستا

Definisi : 1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2. kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan: di­katai­­nyalah isterinya di muka kawan-kawan­nya dgn segala ~ dan penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~; makhluk ~ makh­luk yg hina; menista 1. memberi malu, mencela, meng­aibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosa­nya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; nistaan celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya se­belah, tapi belum dipercayainya ~ itu; kenistaan perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nis.ta] | نيستا

Definisi : 1 kata-kata yg bertujuan menghina dsb; cercaan; makian: Segala macam ~ dan umpat dihamburkan kpd pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yg keji. 3 rasa malu; aib. menista memberi malu; mengaibkan; mencela: Jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun jangan dinista dgn kata-kata yg keji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nista
1. Bersinonim dengan aib
( cacat, cela, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan makian
( penghinaan, cacian, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan hina
( keji, rendah., )
(adjektif:)



Pantun

PantunSumberTema
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai hilanglah nista; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai hati senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila meniup bara api, Salah hembus terkena mata; Bila hidup tiada berbudi, Tuah pupus nama pun nista.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas