Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.bat] | نوبت

Definisi : 1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyi­an sekalian; 2. sj pancaragam Melayu yg ber­­main ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun ber­henti­lah; 3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja): maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara; naik ~ a) ditabalkan menjadi raja; b) Mn menjadi pengantin (kahwin); menobatkan menaikkan ke atas takhta ke­rajaan, menjadikan raja, memahkotai, me­nabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka; penobatan perihal atau perbuatan me­nobat­kan, penabalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.bat] | نوبت

Definisi : 1 sj gendang besar yg biasanya dibunyikan ketika menabalkan raja. 2 sj pancaragam Melayu yg biasanya bermain ketika raja ditabalkan dll. menobatkan menjadikan raja; mena­balkan. penobatan perbuatan atau hal menabalkan raja; penabalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nobat


Pantun

PantunSumberTema
Orang hulu memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan; Fikir dahulu sebelum buat, Kalau dibuat menyesal jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Guruh gerah bunyi nobat, Pandan berjemur di sebarang; Leguh-legah mencari ubat, Badan bertemu barulah senang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas