Pecah boyan pecah tempayan, Mari dikorek penyuci kaki; Hilanglah nuri diganti bayan, Nuri teritung batang melentik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Helikopter Nuri jatuh terhempas, Jatuh melanggar Gunung Bukitan; Penyelamat terus menjalan tugas, Melepasi gunung hutan hujan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Burung nuri terbang tinggi, Angin bertiup sebelah barat; Mari kita pergi mengaji, Bekalan hidup dunia akhirat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Burung nuri si burung tiung, Turun makan di tepi pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Burung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Burung nuri terbang di awan, Hinggap mari di kayu jati; Hatinya rindu kepada kawan, Rinduku jua separuh mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung nuri ekornya panjang, Hinggap mari rumah Cik Ali; Sudah lama hidup membujang, Hajat hendak beristeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung nuri burung tiung, Mari hinggap di muka pintu; Putus benang dapat disambung, Putus hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggi-tinggi Gunung Siantan, Burung nuri ditambat tali; Kalau cik adik hendak jantan, Pakai bedak tujuh jari. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |