Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nya I


Pantun

PantunSumberTema
Alam berkasih seindah bunga, Harum kasturi bunga kenanga; Allah kasih kepada hamba-Nya, Petaka Tsunami kebesaran-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama
Sayang selasih baru berbunga, Dapat bunga warna biru; Kerana kasih rindu pada-Nya, Kuucap zikir setiap waktu.Pantun Melayu SarawakAgama
Buluh besar dibuat galah, Diberi berkaki penyangga tangga; Sungguh besar nikmat Allah, Diberi-Nya rezeki tiada terhingga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lembah Saji berbukit-bukit, Tumbuh subur cendawan bunga; Allah menguji baru sedikit, Siapakah dapat melawan-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama
Asam pauh masak laksa, Buat pengat hiasan berbunga; Sesungguhnya Tuhan maha kuasa, Kupohon rahmat pertolongan-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama
Apabila kerja berjaja kapak, Tentulah bersama batu asahnya; Apabila setia menjaga bapak, Tentu Allah memberi kurnia-Nya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Duka resah usah dikenang, Kemboja puspa harum kenanga; Ketika susah ketika senang, Kita lupa akan rahmat-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama

Kembali ke atas